KUALA LUMPUR EVENTS  
     
 
2014
 
  Report with photos - click here  
     
 
2013
 
  Report with photos - click here  
     
 
2012
 
  Report with photos - click here  
     
     
     
  31 December 2011  
     
 
 
 
     
  APTBLD, KL was invited by Rukun Tetangga Taman Pelangi on December 31, 2011 to take part in the celebration of Council Family Day - Sektor Taman Pelangi Sentul, Kuala Lumpur. The events includes activities on sport, health screeening, TB exhibition, colouring contest, etc. The Honorary Secretary, Tuan Haji Ahmad Abd Hamid attended the function to distribute leafl ets on Tuberculosis and coloring materials.  
     
  APTBLD,KL telah dijemput oleh Rukun Tetangga Taman Pelangi pada 31 Disember 2011 bagi menjayakan Majlis Hari Keluarga – Sektor Taman Pelangi Sentul, Kuala Lumpur. Pelbagai acara seperti sukaneka, pameran Tibi, pertandingan mewarna dan pemeriksaan kesihatan dan lain-lain. Setiausaha Kehormat Tuan Hj. Ahmad Abd Hamid turut hadir ke Majlis tersebut dengan mengagihkan risalah Tibi dan kertas mewarna.  
     
 
 
     
  10 December 2011  
     
  APTBLD Kuala Lumpur jointly organized the second TB run with Government bodies and others NGOs; this is a major event to disseminate information on TB to the general public. More than 1,500 participants and volunteers took part in this program. Government bodies and NGOs involved were as follows:  
     
  Tahun kedua APTB, Kuala Lumpur telah mengadakan acara Larian Tibi, ini adalah salah satu aktiviti bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai penyakit Tibi. Seramai lebih 1,500 peserta dan sukarelawan telah mengambil bahagian dalam program ini. Tidak ketinggalan beberapa badan kerajaan serta NGO terlibat dalam penganjuran program ini. Badan-badan kerajaan serta NGO yang terlibat adalah seperti berikut:  
     
  a) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
b) Klinik Kesihatan Tangling
c) Institut Perubatan Respiratori
d) Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
e) Anti-Dadah Kebangsaan
f) Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia
g) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
h) Metrology Corporation (M) Sdn Bhd
 
     
  Beside the TB Run, the Senior Principal Assistant Director of the TB, Leprosy Unit of the KL + Putrajaya Federal Health Department Dr. Fuad Hashim gave a presentation on TB before the take-off of the run. He explained to the participants on facts of TB, on health care and preventive measures of TB. He advised that those who have signs and symptoms of TB should see a doctor for examination and screening for TB.  
     
  Selain acara Larian, peserta Larian serta tetamu jemputan telah diberi penerangan mengenai penyakit Tibi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Tibi & Kusta dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur& Putrajaya Dr. Fuad Hashim sebelum acara larian bermula. Beliau telah menerangkan kepada peserta tentang penyakit Tibi serta menasihatkan peserta mengenai penjagaan kesihatan dan cara pencegahan penyakit Tibi. Beliau menasihatkan supaya sesiapa yang ada tanda dan gejala penyakit Tibi hendaklah berjumpa doktor untuk
melakukan pemeriksaan bagi mengesan Tibi.
 
     
 
 
 
     
  Aerobic Exercise Program was held for all participants as a warm up before the run. Most participants enjoyed taking part in Senaman Aerobik (Aerobic Exercise) this program conducted by Mrs. Julie.  
     
  Program Senaman Aerobik telah diadakan untuk memanaskan badan sebelum larian. Program ini telah dikendalikan oleh Pn Julie dan dijalankan sebelum acara larian bermula. Rata-rata peserta bergembira mengambil bahagian.  
     
 
 
 
     
  The run started at 7.00 a.m. with a category A, B, C and D; veteran players, adult men and women. It was followed by men and women participants in the category E and F. The last group to run was category G which is the “Fun Run”. The event ended at 9.30 am.  
     
  Acara larian dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan kategori A, B, C & D iaitu peserta veteran, dewasa lelaki dan wanita. Ia diikuti dengan peserta remaja lelaki dan perempuan bagi kategori E & F. Pelepasan terakhir terdiri dari kategori G iaitu “Fun Run”. Acara ini berakhir dalam tempoh 1 jam iaitu pada jam 9.30 pagi.  
     
     
 
 
 
     
  APTBLD, Kuala Lumpur also set up an exhibition during the TB RUN program. Posters from Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MAPTB, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Institut Perubatan Respiratori, DBKL dan Metrology Corporation (M) Sdn Bhd were on display with the objective to provide knowledge to the participants as well as visitors and guests. TB RUN is one of the projects of APTBLD KL to create TB awareness.  
     
  APTBLD, Kuala Lumpur juga telah dapat mengadakan pameran semasa berlangsungnya program larian dan pameran poster-poster dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MAPTB, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Institut Perubatan Respiratori, DBKL dan Metrology Corporation (M) Sdn Bhd bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada para peserta dan juga pengunjung serta tetamu jemputan. Penerangan serta pengedaran brochures kepada peserta dan orang awam yang melawat pameran juga telah dilakukan. Ini adalah satu cara APTBLD,KL dapat memberi kesedaran mengenai penyakit Tibi.  
     
 
   
 
     
  Health Screening and Clinical Stalls were also held with the aim of identifying individuals who may have TB infection or other diseases but with no symptoms. APTBLD, KL hoped that the Health Department will assist in this program so the visitors are able to have free health checks such as body mass index (BMI), the distribution of body fat and blood sugar and cholesterol. The health screening is provided by the Department of Health and the Federal Territory of Kuala Lumpur City Hall Kuala Lumpur.  
     
  Pemeriksaan Kesihatan dan Gerai Klinikal juga telah diadakan dengan tujuan mengenalpasti individu yang mungkin menpunyai jangkitan Tibi atau lain-lain penyakit tetapi tidak mepunyai sebarang simpton. Diharap bahawa APTB,KL dengan bantuan Jabatan Kesihatan dapat membantu dalam program ini. Para pengunjung dapat membuat pemeriksaan kesihatan seperti body mas index (BMI), Taburan Lemak dalam badan dan
kandungan gula dan cholesterol dalam darah secara percuma yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
 
     
 
 
     
  20 August 2011  
     
 
 
 
     
  APTBLD, Kuala Lumpur gave festive gifts to the TB patients in the wards of the Institute of Respiratory Medicine (IPR), Jalan Pahang, Kuala Lumpur. The Director of IPR, the President, Vice President, Secretary and members APTBLD, KL presented the gifts to the patients.  
     
  Bersempena Hari Raya Aidil Fitri, APTB,Kuala Lumpur telah menyampaikan kueh-kueh raya kepada pesakit Tibi dan penyakit ASMA di wad Institut Perubatan Respiratori (I.P.R) Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Penyampaian kueh raya telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah I.P.R., Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan ahli-ahli APTB, KL.  
     
 
 
     
  06 July 2011  
     
  Presiden of APTBLDKL, Tuan Haji Ibrahim Hamzah, Mr Freddie, Madam Prema dan Madam Noorsheela respresented APTBLDKL in attending the 3rd APR Conference held in Hong Kong.  
     
  Presiden Tuan Haji Ibrahim Hamzah, Encik Freddie, Puan Prema dan Puan Noorsheela telah menghadir APR Conference yang ke 3 di Hong Kong Convention Centre bagi mewaklili APTBLD Kuala Lumpur.  
     
 
 
     
  29 June 2011  
     
 
 
 
     
  APTBLD, Kuala Lumpur Tuberculosis set up an exhibition booth with a display of TB posters and organised quiz at the MARA Nursery for parents and teachers.  
     
  Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Kuala Lumpur telah sekali lagi mengadakan pameran poster Tibi dan kuiz mengenai penyakit Tibi di Taska MARA untuk ibu-bapa dan guru Taska di Bangunan MARA.  
     
 
 
     
  11 June 2011  
     
  Vice President APTBLD, Kuala Lumpur Y. Bhg. Dato‘ Ismail b Dollah Harun and Assistant Secretary Mohd Zaki Mansor attended the workshop on the guidelines for the preparation of working papers on application of grant from the Health Promotion Board on June 11, 2011 held at the Utama Meeting Room, Aras 3, Blok E10, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.  
     
  Timbalan Presiden APTB,Kuala Lumpur Y. Bhg. Dato’ Ismail b Dollah Harun bersama Penolong Setiausaha Saudara Mohd Zaki Mansor telah menghadiri Bengkel penyediaan Proposal Permohonan Geran bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia pada 11 Jun 2011 di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3, Blok E10, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.  
     
 
 
     
  09 June 2011  
     
 
   
 
     
  Association for the Prevention of Tuberculosis Lung Disease Kuala Lumpur organised a talk on TB and No Smoking in the MARA Nursery, MARA Building. The talk was presented by Dr. Liza A. Fizal from the Institute of Respiratory Medicine (IPR). The children and supervisors of the nursery attended the talk.  
     
  Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Kuala Lumpur telah mengadakan ceramah mengenai penyakit Tibi dan Tak Nak Merokok di Taska MARA, Bangunan MARA, ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Liza A. Fizal dari Institut Perubatan Respiratori (I.P.R) selain daripada kanak-kanak turut serta adalah Pengasuh Taska.  
     
 
 
     
  11 December 2010  
     
 
   
 
     
  APTBKL and Metrologi Corporation (M) Sdn Bhd jointly organized a TB Run at Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur was invited to flag off the run and officiate the event. On that day, APTKL also set up a TB exhibition and distributed TB leaflets to the participants. CNI was invited to set up their exhibition at the site and giving health screening. APTB president giving short talk on TB to the participants.  
     
  APTB, Kuala Lumpur dan Metrologi Corporation (M) Sdn Bhd telah mengadakan Larian Tibi 2010 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. APTB KL juga mengadakan pameran Tibi, pemeriksaan kesihatan oleh CNI dan juga pameran mesin timbang dan sukat oleh Metrologi Corporation (M) Sdn Bhd. President APTB KL telah juga memberi penerangan ringkas mengenai Penyakit Tibi kepada peserta larian.  
     
 
 
     
  26 September 2010  
     
 
   
 
     
  TB talk and TB exhibition to the inmates at Pusat Singgahan Positive Living PT Foundation, Wisma Tan Com, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur by Dr. Morgan A/L Anapillai, doctor from Institut Perubatan Respiratori.  
     
  APTB, Kuala Lumpur telah dijemput untuk mengadakan pameran dan ceramah Tibi oleh Dr. Morgan A/L Anapillai dari Institut Perubatan Respiratori di Pusat Singgahan Positive Living PT Foundation, Wisma Tan Com, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.  
     
 
 
     
  12 September 2010  
     
 
   
 
     
  Festive gifts presented by APTBKL to in-ward TB patients at Institute Respiratory Medicine, Jalan Pahang, Kuala Lumpur in conjuction with the celebration of Hari Raya AidilFitri.  
     
  Bersempena Hari Raya AidilFitri, APTB, Kuala Lumpur telah menyampaikan kueh-kueh raya kepada pesakit Tibi di wad Institut Perubatan Respiratori (I.P.R) Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Penyampaian kueh raya telah disampaikan oleh Presiden, Setiausaha dan ahli-ahli APTB, KL.  
     
 
 
     
  07 August 2010  
     
 
 
 
     
  Parents and Teachers Association Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur Kebangsaan School invited APTBKL to set up a TB exhibition in conjunction with the hosting of PIBG 2010 Carnival Day.  
     
  Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling, Jln Wan Sendari, Seri Petaling, Kuala Lumpur menjemput APTB, Kuala Lumpur mengadakan pameran Tibi sempena Hari Karnival PIBG 2010.  
     
 
 
     
  25 July 2010  
     
 
 
 
     
  Persatuan Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Sri Penara Fasa “A”, Bandar Sri Permaisuri, Cheras invited APTB KL to set up a TB exhibition and a Talk on TB was presented by Dr. Azwayati of Institute Respiratory Medicine, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.  
     
  Persatuan Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Sri Penara Fasa “A”, Bandar Sri Permaisuri, Cheras menjemput APTB, Kuala Lumpur mengadakan pameran Tibi dan ceramah Tibi yang telah disampaikan oleh Dr. Azuayati dari Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.  
     
 
 
     
  22 May 2010  
     
 
 
 
     
  PEPENTA invited APTBKL to set up a TB exhibition at Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor.  
     
  Persatuan Pengusaha TASKA Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA) telah menjemput APTB, Kuala Lumpur mengadakan pameran Tibi dan kuiz Tibi yang telah diadakan di Agrotek Garden Resort, Hulu Langa, Selangor.  
     
 
 
     
  27 March 2010  
     
 
 
 
     
  TB exhibition at Pudu Secondary Girl School Kuala Lumpur, TB leaflets were distributed to all students present in conjunction with the commemoration of world TB.  
     
  APTB, KL telah mengadakan pameran poster TB di Sekolah Menengah Perempuan Pudu, Kuala Lumpur. Kami juga mengedarkan risalah berkaitan penyakit Tibi kepada murid-murid sempena sambutan Hari Tibi Sedunia.  
     
 
 
     
  03 March 2010  
     
 
 
 
     
  TB exhibition and Talk on TB and lung diseases presented by Dr. Azwayati of Institute Respiratory Medicine at Seri Perak Bandar Baru Sentul Secondary School attended by about 300 students.  
     
  Pameran dan ceramah Tibi & penyakit Paru-paru diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Perak Bandar Baru Sentul. Seramai lebih kurang 300 murid sekolah dan guru telah hadir. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Azwayati dari I.P.R.